MENU CART {{currentCart.getItemCount()}}
The maximum number of items is 100, please adjust the quantity and purchase again

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh :5,168 kes (2,537,204 kes kumulatif, 96.4%);
  • Kes baharu : 4,879 kes (2,632,782 kes kumulatif);
  • Kes import : 24 kes (16 warganegara; 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,855 kes [4,678 warganegara (96.4%); 177 bukan warganegara (3.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 509 kes (394 kes disahkan COVID-19 ; 115 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 252 kes (172 kes disahkan COVID-19 ; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,947 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,716 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 231 kluster.

Daripada 4,879 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 79 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,800 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.